SEOUL: Dua peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara di perairan Jepun menandakan kemajuan terhadap program persenjataan sekali gus memberi tekanan kepada Amerika Syarikat (AS) yang mahu menyemak semula polisi dengan negara itu. Lapor Reuters, ujian itu dilaporkan oleh pihak berkuasa di AS, Korea Selatan dan Jepun semasa permulaan larian obor Sukan Olimpik di Jepun. Pengawal pantai di Jepun mengesahkan peluru berpandu pertama dikesan selepas pukul 7 pagi dan bergerak sekitar…










