Rakyat Singapura dinasihat tinggalkan Myanmar - Utusan Malaysia

Rakyat Singapura dinasihat tinggalkan Myanmar

PROTES menentang rampasan kuasa oleh junta tentera Myanmar semakin meningkat di Myanmar. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Rakyat Singapura di Myanmar dinasihatkan supaya meninggalkan negara itu secepat mungkin, lapor Channel News Asia.

Menteri Luar Singapura turut menasihatkan rakyatnya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Myanmar.

“Rakyat Singapura yang berada di Myanmar juga perlu mempertimbangkan untuk meninggalkan negara itu secepat mungkin sementara boleh melakukannya.

“Mereka yang memilih untuk kekal berada di negara itu turut diingatkan sentiasa berada di dalam kediaman serta mengelakkan perjalanan tidak penting, terutamanya di kawasan demonstrasi berlaku.

“Rakyat Singapura juga dinasihatkan supaya kekal berjaga-jaga dan memantau berita tempatan secara dekat,” katanya.

Kementerian itu turut memberi peringatan supaya rakyatnya mendaftar eRegister dalam web supaya mereka boleh dihubungi sekiranya terdapat keperluan.

Protes di Myanmar berlaku sejak awal Februari lalu apabila tentera menggulingkan dan menahan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi, sehingga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran setiap hari.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya