YANGON: Sekurang-kurangnya 39 penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh di Myanmar dalam keganasan terbaharu sejak rampasan kuasa berlaku pada 1 Februari lalu. Sekurang-kurangnya 22 penunjuk perasaan anti kudeta maut di kawasan pinggir bandar Hlaingthaya di Yangon selepas sebuah kilang pakaian milik China terbakar. Menurut sebuah badan pemantau, Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP), sebanyak 16 lagi penunjuk perasaan termasuk seorang anggota polis terbunuh di beberapa tempat lain. Kejadian yang berlaku itu disifatkan sebagai…