JAKARTA: Pesawat Batik Air ID 6355 yang berlepas ke Jakarta melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Jeneral Ahmad Yani Semarang, terpaksa berpatah balik selepas berlegar di udara selama 15 minit. Lapor CNN Indonesia, pesawat yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang pada pukul 3.15 petang (waktu Indonesia Barat) semalam terpaksa patah balik akibat mengalami masalah teknikal. Menurut Strategi Komunikasi Korporat Batik Air, Danang Mandala Prihantoro, juruterbang memutuskan untuk kembali semula…