fbpx

25 September 2021, 9:24 pm

  TERKINI

Mata pisau tersangkut dalam dada

IMBASAN x-ray Kent Ryan Tomao menunjukkan mata pisau sepanjang empat inci tersangkut dalam dadanya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seorang lelaki dari Filipina terkejut apabila mengetahui mata pisau sepanjang empat inci atau 10 sentimeter tersangkut dalam dadanya selepas melakukan pemeriksaan imbasan x-ray. 

Lapor Oddity Central, Kent Ryan Tomao, 25, berasa keliru apabila doktor memaklumkan bahawa sebuah objek menyerupai mata pisau tersangkut dalam dadanya dan berhampiran dengan satu daripada paru-parunya .

Tomao menjalani pemeriksaan x-ray itu bagi memohon kerja di lombong di Agusan del Sur dan tidak pernah menyangka mengalami masalah demikian.      

Lelaki itu memberitahu doktor, dia kadang kala mengalami rasa sakit seperti ditikam di bahagian dada ketika musim sejuk namun tidak terlalu memikirkan mengenai perkara itu.

“Saya selalu tertanya-tanya mengapa saya merasakan sakit di bahagian dada ketika musim sejuk, tetapi saya tidak menyangka ada pisau di dalam dada,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dia mengetahui bagaimana pisau itu berada dalam dadanya, Tomao berkata, dia pernah menjadi mangsa tikaman setahun lalu.

Tomao mendakwa, ketika kejadian yang berlaku pada Jun tahun lalu dia sedang menunggang motosikal ketika diserang dan ditikam oleh sekumpulan orang muda.

Menurutnya, dia tidak dapat mengingati dengan jelas kejadian itu kecuali ketika dia hampir maut apabila dikejarkan ke hospital dan kini berharap mata pisau itu dapat dikeluarkan supaya dia boleh memohon pekerjaan di lombong berkenaan.

POPULAR

KOSMO! TERKINI