Hadiah masjid kepada Jokowi, mula dibina - Utusan Malaysia

Hadiah masjid kepada Jokowi, mula dibina

GIBRAN RAKABUMING RAKA meninjau kawasan pembangunan masjid di Solo, Jawa Tengah, baru-baru ini.- MERDEKA.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerja-kerja pembinaan sebuah masjid yang dihadiahkan oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan kepada Presiden, Joko Widodo (Jokowi) dilaporkan bermula semalam.

Lapor Kompas.com, replika masjid dari Grand Mosque di Abu Dhabi merupakan simbol hubungan erat antara kerajaan Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Putera Mahkota Abu Dhabi dalam  lawatannya ke Indonesia pada 24 Julai 2019, berjanji untuk membina sebuah masjid di kampung halaman Jokowi.

Masjid tersebut dibina di kawasan seluas 2.9 hektar di bekas Depo Pertamina di Gilingan, Banjasari di Solo, Jawa Tengah.

Projek pembinaan masjid yang dianggarkan bernilai kira-kira 570 bilion Rupiah (RM162 bilion) mampu menampung 12,000 jemaah.  

Sebelum ini, beberapa media melaporkan, reka bentuk masjid di Solo akan dibina hampir sama seperti di Sheikh Zayed Grand Mosque Abu Dhabi.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Solo, Gibran Rakabuming Raka berkata, selain masjid, kerajaan UAE juga membangunkan pusat Islamik di Solo.

“Kita sedang membina masjid, kemudian akan ada kira-kira dua hingga hektar tanah lagi untuk pembinaan pusat Islamik,” katanya

Beliau berharap agar pusat Islamik itu dibina berhampiran kampus universiti.

“Saya mengarahkannya untuk dibina berhampiran Universitas Sebelas Maret (UNS), kita sudah memperoleh tanah di kawasan itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya