Bilionair Perancis, Olivier Dassault maut nahas helikopter - Utusan Malaysia

Bilionair Perancis, Olivier Dassault maut nahas helikopter

OLIVIER DASSAULT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bilionair Perancis, Olivier Dassault maut dalam nahas helikopter di barat laut Perancis, petang semalam.

Lapor BBC, kejadian berlaku di Normandy yang menempatkan rumah percutiannya dan turut mengorbankan juruterbang helikopter itu.

Difahamkan, tiada mangsa lain dalam pesawat tersebut.

Beliau adalah Ahli Parlimen Perancis mewakili wilayah Oise.

Dassault merupakan anak kepada Serge Dassault yang memiliki empayar pesawat perang Rafale dan surat khabar Le Figaro.

Menurut Forbes, mendiang disenaraikan sebagai individu ke-361 terkaya di dunia dengan nilai kekayaan dianggarkan AS$7.3 bilion (RM29.2 bilion).

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyifatkan pemergian Dassault, 69, sebagai kehilangan besar buat negara itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.