AS dakwa 10 rakyat Iran - Utusan Malaysia

AS dakwa 10 rakyat Iran

KAPAL tanki Iran dan Panama yang dirampas kerana disyaki memindahkan minyak secara haram ke perairan Indoensia. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) membuat pertuduhan terhadap 10 rakyat Iran kerana didakwa mengelak sekatan Amerika terhadap Tehran dengan menyembunyikan lebih AS$300 juta (RM1.2 bilion) transaksi selama 20 tahun melalui syarikat.

Individu terlibat dipercayai menjalankan transaksi bagi pihak kerajaan Iran termasuk urusan pembelian dua kapal tangki minyak bernilai AS$25 juta (RM100 juta) melalui lebih 70 syarikat di AS, Iran, Kanada, Emiriah Arab Bersatu dan Hong Kong.

Pembantu Peguam Negara bagi Keselamatan Negara, John Demeras berkata, suspek yang turut terpalit dengan pengubahan wang haram lebih AS$157 juta (RM628 juta) dipercayai berada di luar AS.

“Suspek menggunakan syarikat, perniagaan perkhidmatan kewangan dan jual beli di seluruh dunia bagi melakukan penyamaran urus niaga bernilai ratusan juta dolar bagi menaja aktiviti keganasan.

“Jabatan Kehakiman akan terus menggunakan semua alat diperlukan untuk mengekang kemampuan rejim Iran menggunakan sistem kewangan AS bagi menyokong usaha jahat mereka,” katanya.

Jika didapati bersalah dengan pertuduhan konspirasi itu, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Iran dikenakan sekatan ekonomi AS, apabila presiden sebelum ini, Donald Trump secara agresif menggunakan langkah-langkah menghukum negara itu. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya