AS bagi bantuan RM60 juta kepada Palestin - Utusan Malaysia

AS bagi bantuan RM60 juta kepada Palestin

DUTA AS, Linda Thomas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyalurkan bantuan sebanyak AS$15 juta (RM60 juta) kepada penduduk Palestin di Tebing Barat dan semenanjung Gaza bagi membantu memerangi pandemik Covid-19.

Duta AS, Linda Thomas membuat pengumuman semasa mesyuarat bulanan Asia Barat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menjelaskan bantuan daripada Agensi Pembangunan Antarabangsa AS bagi menyokong Perkhidmatan Bantuan Katolik dalam usaha menyediakan fasiliti penjagaan kesihatan untuk keluarga tersebut.

Jelas beliau, bantuan itu turut menyokong bantuan makanan kecemasan kepada masyarakat yang memerlukan disebabkan wabak yang melanda.

“Bantuan ini sangat penting dan ini hanyalah secebis komitmen terhadap penduduk Palestin.

“Sumbangan yang diberikan dapat membantu penduduk Palestin yang memerlukan sekali gus membawa lebih kestabilan dan keselamatan kepada Israel dan Palestin,” katanya.

Di bawah pentadbiran Presiden AS, Donald Trump sebelum ini, AS membekalkan sokongan yang tidak pernah diberikan sebelum ini terhadap Israel, mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel, memanggil balik kedutaan AS dari Tel Aviv, memutuskan hubungan serta menyekat bantuan kewangan kepada penduduk Palestin.

Namun, selepas Joe Biden mengambil alih pentadbiran AS, beliau mengumumkan akan memulihkan kembali hubungan dengan penduduk Palestin dan memperbaharui bantuan kepada pelarian Palestin.

Menurut Thomas, bantuan bernilai jutaan dolar itu selari dengan pendekatan dan komitmen AS untuk membanteras pandemik Covid-19 dan memastikan bekalan makanan terjamin di seluruh dunia. -AP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya