Aktivis rancang adakan mogok senyap - Utusan Malaysia

Aktivis rancang adakan mogok senyap

GAMBAR yang diambil menerusi AFPTV menunjukkan jalan raya sepi di Yangon ketika penunjuk perasaan menggesa mogok senyap diadakan bagi membantah rampasan kuasa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Aktivis Myanmar merancang lebih banyak protes anti rampasan kuasa termasuk mengadakan mogok senyap dengan kebanyakan premis perniagaan dijangka tutup dan menggesa penduduk untuk kekal berada di rumah.

Ia berlaku sehari selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun terbunuh di rumahnya apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan rambang dalam satu keganasan di Mandalay. 

Penunjuk perasaan pro-demokrasi juga menganjurkan lebih banyak upacara menyalakan lilin semalaman termasuk di sebuah pekan di Yangon dan di Thahton di negeri Mon. 

Upacara menyalakan lilin itu diadakan selepas pekerja di pusat perkhidmatan pengebumian di Mandalay memberitahu Reuters bahawa kanak-kanak berusia tujuh tahun maut ditembak pasukan keselamatan sekali gus didakwa menjadi mangsa paling muda dalam ketegangan susulan rampasan kuasa tentera.

Menurut kakak mangsa kepada media tempatan, Myanmar Now, pasukan tentera melepaskan tembakan ke arah bapa mereka namun tersasar dan terkena adiknya yang ketika itu duduk di atas riba lelaki itu di rumah mereka.

Jelas agensi berita itu, dua lelaki juga terbunuh di pekan tersebut.

Penunjuk perasaan pro-demokrasi menukar taktik dan merancang untuk mengadakan mogok senyap.

“Kami tidak akan keluar, tiada kedai beroperasi dan tidak akan bekerja. Semua akan ditutup hanya untuk sehari,” kata seorang ilustrator dan aktivis, Nobel Aung kepada Reuters.

Beberapa laporan media dan hantaran di media sosial memaklumkan bahawa pelbagai perniagaan termasuk farmasi akan ditutup. 

Dalam pada itu, jurucakap junta, Zaw Min Tun berkata, seramai 164 penunjuk perasaan terbunuh dan menzahirkan kesedihan atas kematian tersebut.

Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP) memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 275 orang terbunuh dalam tindakan keras pasukan keselamatan itu.

Min Tun menyalahkan penunjuk perasaan punca kejadian pertumpahan darah itu dan menyatakan bahawa sembilan anggota pasukan keselamatan juga terbunuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya