YANGON: Beribu-ribu aktivis anti-rampasan kuasa turun ke jalanan di sekitar Myanmar, sehari selepas mogok senyap diadakan dengan kebanyakan premis perniagaan ditutup dan penduduk berada di rumah. Tindakan itu dibuat bagi membantah rampasan kuasa yang dilakukan oleh junta tentera di negara tersebut. Menurut saksi dan laporan media, protes jalanan diadakan di hab komersial Yangon, pusat bandar Monywa dan di beberapa pekan. Seorang penunjuk perasaan dikenali sebagai Nant Khi Phyu Aye berkata,…