Tiga pendaki hilang di Gunung K2 - Utusan Malaysia

Tiga pendaki hilang di Gunung K2

GAMBAR yang diambil pada 16 January lalu menunjukkan pemandangan umum base camp Gunung K2, di wilayah Gilgit-Baltistan, utara Pakistan. - AFP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Tiga pendaki dilaporkan hilang selepas cuba mendaki puncak gunung kedua tertinggi di dunia, K2.

Pengurus ekspedisi dan Kelab Alphine Pakistan, Chhang Dawa Sherpa berkata, pendaki berkenaan merupakan John Snorri dari Iceland, Juan Pablo Mohr dari Chile dan Muhammad Ali Sadpara dari Pakistan terputus hubungan dengan base camp semalam.

“Sudah lebih daripada 30 jam, kami (di base camp) belum menerima sebarang berita mengenai Snorri, Mohr dan Muhammad Ali selepas Sistem Pengesanan Global (GPS) ketiga-tiga pendaki itu gagal mengenal pasti kedudukan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Chhang Dawa dalam satu kenyataan berasingan memaklumkan, sebuah helikopter tentera sudah dikerahkan bagi melakukan operasi mencari pendaki yang hilang.

“Malangnya, mereka tidak dapat mengesan apa-apa, malah keadaan cuaca di gunung dan juga di base camp agak buruk,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya