Tidak bebas bagi pandangan di New York Times? - Utusan Malaysia

Tidak bebas bagi pandangan di New York Times?

PEKERJA New York Times mendakwa mereka tidak bebas melontarkan pandangan di syarikat akhbar itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Hampir separuh pekerja di New York Times (NYT) tidak mempercayai mereka boleh meluahkan pandangan secara bebas di syarikat akhbar itu, berdasarkan tinjauan syarikat. 

Lapor Daily Mail, tinjauan yang dilakukan terhadap golongan pekerja pada Disember lalu mendedahkan respons negatif terhadap soalan berhubung budaya syarikat di NYT.

Berdasarkan laporan itu, hanya 51 peratus pekerja NYT bersetuju dengan kenyataan terdapat kebebasan bertukar pandangan dalam syarikat dan pekerja tidak takut untuk meluahkan apa yang mereka fikirkan. 

Menurut tinjauan itu, hasil penemuan mendapati hanya 10 peratus iaitu lebih rendah berbanding penanda aras atau respons purata terhadap soalan itu di syarikat lain. 

“Walaupun sebahagian besar daripada kita merasakan mempunyai pengetahuan sepenuhnya, tetapi situasi menunjukkan banyak sudut pandangan berbeza tidak dihargai dalam pekerjaan. 

“Kita dapat lihat beberapa respons negatif sama ada terdapat kebebasan bertukar pandangan dalam syarikat dan skor di bawah penanda aras soalan itu,” kata laporan itu. 

Syarikat itu turut melaporkan berlaku 10 peratus penurunan dari 2019 berhubung jawapan tentang pemimpin dan rakan sekerja yang menerima perbezaan bangsa, jantina, identiti dan agama. 

Laporan itu memaklumkan respons daripada pekerja kulit hitam dan Latin turut menurun pada kadar yang lebih tinggi. 

Tinjauan itu diadakan ketika NYT menerima kecaman dan kritikan berikutan beberapa isu panas tahun lalu. 

Januari lalu, seorang pengarang NYT, Lauren Wolfe memuat naik ciapan dalam Twitter kerana berasa ‘takut’ dengan Presiden AS, Joe Biden selepas pesawat dinaikinya mendarat di Joint Base Andrews sehari sebelum majlis angkat sumpah dan mengkritik kerana Donald Trump tidak dihantar menggunakan pesawat kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.