fbpx

6 Mac 2021, 12:55 pm

  TERKINI

Thailand mulakan vaksinasi Covid-19 minggu ini

ANGGOTA tentera Thailand melakukan sanitasi di sebuah sekolah di Bangkok bagi mencegah penularan Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand akan memulakan program vaksinasi Covid-19 pada penghujung minggu ini dengan memberi keutamaan kepada golongan barisan hadapan.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menerusi Facebook menyatakan negara ini akan menerima 200,000 dos vaksin Covid-19 keluaran Sinovac Biotech esok.

“Kita akan memulakan program vaksinasi dalam tempoh tiga hari selepas vaksin tiba di negara ini,” katanya.

Vaksin tersebut akan disuntik kepada golongan yang diberi keutamaan di 13 wilayah di seluruh Thailand.

Sementara itu, separuh daripada dos vaksin tersebut akan diberi kepada kumpulan barisan hadapan di Samut Sakhon yang menjadi titik utama penularan wabak Covid-19 di negara ini serta Bangkok.

Prayut juga memaklumkan sebanyak 800,000 dos vaksin akan tiba di negara ini pada bulan depan, manakala baki selebihnya pada April. – REUTERS