Tanah runtuh di kubur, jenazah terkeluar liang lahad - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di kubur, jenazah terkeluar liang lahad

TANAH runtuh yang berlaku di tanah perkuburan Karangayar di Indonesia menyebabkan ada jenazah (dalam bulatan) terkeluar dari liang lahad. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Insiden tanah runtuh berlaku di sebuah tanah perkuburan di Dusun Bendungan di Desa Klodran, daerah Karanganyar sehingga menyebabkan ada jenazah yang masih berkain kafan terkeluar dari liang lahad.

Lapor Tribunnews, ada sejumlah jenazah turut jatuh ke dalam sungai dan tersangkut celah runtuhan tanah.

Sehingga kini, sebanyak 10 jenazah hanyut ke sungai dan 25 kubur yang tidak terjejas dipindahkan ke tempat lain.

Seorang penduduk, Endang Anggoro Bangun berkata, penduduk kampung akan membantu memindahkan kubur yang tidak terjejas ke tempat lain dan mengebumikan semula jenazah yang terkeluar.

Katanya, tanah runtuh berlaku susulan hujan lebat yang melanda perkampungan tersebut sejak beberapa hari lalu.

“Kami akan melakukan proses pemindahan kubur dan pengebumian semula pada kadar segera kerana banyak keluarga berasa sedih dengan apa yang berlaku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.