Suami curang bakar isteri hingga mati - Utusan Malaysia

Suami curang bakar isteri hingga mati

SUSPEK yang dikenali sebagai Junanda ditahan selepas membakar isterinya hingga mati di Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki di Deli Serdang, Sumatera Utara ditahan polis selepas membakar isterinya hidup-hidup berikutan wanita itu cemburu dengan perempuan simpanannya.

Lapor Kompas.com, jurucakap polis, Jhon Harto Panjaitan berkata, pasangan suami isteri itu pada mulanya bertengkar selepas suspek membawa balik perempuan simpanannya ke rumah mereka.

Jelas Jhon, pertengkaran mereka memuncak apabila suspek mencurah minyak tanah ke badan isterinya lalu membakar wanita itu.

“Insiden itu mengejutkan penduduk kampung dan mereka bergegas ke rumah suspek untuk menghalangnya, namun bapa suspek mengacukan parang kepada sesiapa yang cuba masuk campur.

“Kejadian itu menyebabkan isteri suspek mengalami luka melecur yang serius sehingga dia meninggal dunia ketika dibawa ke hospital,” katanya.

Selepas insiden tersebut, penduduk menahan suspek dan dia cuba melarikan diri sebelum polis tiba dan menangkapnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya