Sepanyol bergolak kerana penyanyi rap - Utusan Malaysia

Sepanyol bergolak kerana penyanyi rap

PENUNJUK perasaan berarak sambil membawa poster Pablo Hasel dalam demonstrasi di Barcelona, Sepanyol. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Buat hari kelima berturut-turut, Sepanyol terus dicemari dengan rusuhan jalanan yang menyaksikan ribuan penunjuk perasaan berhimpun dan berarak beberapa kawasan utama di seluruh negara.

Tunjuk perasan itu bermula Selasa lalu selepas polis menahan seorang penyanyi rap yang dikenali sebagai Pablo Hasel, 32, dan memenjarakannya selama sembilan bulan atas dakwaan mempromosikan keganasan di negara ini.

Sejak itu, tunjuk perasaan berlaku hampir setiap malam di Catalonia yang merupakan tempat asal Hasel sebelum merebak ke Madrid dan Barcelona.

Keadaan itu menyaksikan pasukan polis dikerah untuk meningkatkan kawalan keselamatan sehingga menyaksikan penunjuk perasaan merusuh dengan anggota keselamatan.

Ribuan penunjuk perasaan mula berhimpun kira-kira pukul 7 malam di Barcelona dan rusuhan berlaku ketika mereka berarak menuju ke ibu pejabat polis.

Penunjuk perasaan turut membaling botol, tin dan mercun ke arah polis, selain membakar pagar halangan yang diletakkan.

 

Merosakkan harta benda awam

Selain itu, penunjuk perasaan turut merosakkan harta benda awam termasuk memecahkan tingkap premis perniagaan dan mencuri barangan daripada beberapa kedai barangan berjenama seperti Nike, Versace, Tommy Hilgifer, Hugo Boss dan Diesel.

Serangan juga berlaku di bangunan saham Barcelona, selain beberapa motosikal musnah akibat dibakar penunjuk perasaan.

Polis memaklumkan sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan dalam demonstrasi di Catalonia dengan enam daripadanya di Barcelona.

Rusuhan yang berlaku menyaksikan enam orang cedera dan dua daripadanya berlaku di bandar ini.

 

Buta akibat merusuh

Di Madrid, kira-kira 400 orang berhimpun dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

Mereka berhimpun sambil melaungkan slogan ‘bebaskan Pablo Hasel!’.

Sebelum itu, ratusan penunjuk perasaan berkumpul di selatan Sepanyol di bandar Malaga, Cordoba dan Seville dan 100 lagi berhimpun di utara negara ini iaitu di bandar Santander dan Logrono.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 100 orang ditahan dalam beberapa siri tunjuk perasaan yang membantah penahanan Hasel, selain ramai didakwa cedera.

Antara yang cedera termasuk anggota polis dan seorang wanita menjadi buta selepas matanya cedera terkena peluru getah yang dilepaskan anggota keselamatan.

 

Politik turut terkesan

Rusuhan itu juga menyaksikan pertikaian politik yang berlaku dalam pakatan haluan kiri Sepanyol iaitu Parti Sosialis pimpinan Perdana Menteri Pedro Sanchez dan Parti Podemos semakin meruncing.

Sosialis secara lantang mengkritik rusuhan yang berlaku manakala kepemimpinan Podemos menyokong penunjuk perasaan.

 

Gara-gara ciapan Twitter

Di kenali sering melontarkan pandangan bertentangan kerajaan, Hasel dikenakan hukuman penjara selama sembilan bulan selepas menulis ciapan yang menggalakkan keganasan, selain memuat naik video menyokong tindakan keganasan.

Mahkamah yang mejatuhkan hukuman penjara itu menegaskan bahawa kebebasan bersuara tidak boleh digunakan untuk mempromosikan keganasan, sekali gus mengancam keselamatan negara.

Sementara itu, Hasel turut didenda sebanyak 30,000 euro (RM146,831) kerana kesalahan menghina dan memfitnah kerana menyamakan bekas raja Sepanyol, Raja Juan Carlos I dengan ketua mafia, selain menuduh polis menyeksa serta membunuh penunjuk perasaan dan golongan pendatang. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.