Paksa anak bogel duduk dalam salji tebal - Utusan Malaysia

Paksa anak bogel duduk dalam salji tebal

NATALIA VANIZA menghadapi dakwaan cubaan membunuh selepas memaksa tiga anaknya berjalan dalam keadaan salji tebal tanpa sebarang pakaian. - REN TV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang wanita berdepan dakwaan cubaan membunuh, selepas memaksa tiga anaknya berjalan dalam keadaan salji tebal dan suhu serendah -15 darjah Celsius tanpa sebarang pakaian.

Lapor Daily Mail, Natalia Vazina, 33, yang turut berbogel bersama anaknya, Grigory, 10, Lazar, 2, dan Marfa berusia 11 bulan melakukan perbuatan itu di sebuah hutan berhampiran Moscow.

Seorang lelaki yang sedang berjalan bersama anjingnya pada waktu kejadian terserempak dengan keluarga tersebut dan segera menyelamatkan mereka.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan Vazina membiarkan anak-anaknya dalam kesejukan kerana dia berasa ‘berdosa dan bersalah’ kerana menjalin hubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin.

Wanita itu berpendapat cara tersebut sebagai langkah terbaik untuk ‘menghukum perbuatannya’.

Dalam pada itu, tiga anak-anak tersebut mengalami radang dingin (frostbite) dan hipotermia malah berisiko meninggal dunia jika tidak tidak diselamatkan segera.

Wanita itu juga ketika ini menerima rawatan di hospital akibat luka di bahagian belakang badan, kaki dan tapak kakinya.  

Menurut laporan yang memetik penguat kuasa undang-undang, Vaniza adalah kekasih kepada tukang emas terkemuka, Ilya Klyuev, 43, yang sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya