Junta tentera lepaskan tembakan ke arah peserta demonstrasi - Utusan Malaysia

Junta tentera lepaskan tembakan ke arah peserta demonstrasi

JUNTA tentera melepaskan tembakan bagi menyuraikan peserta demonstrasi walaupun tidak dapat dipastikan sama ada peluru getah atau peluru hidup yang digunakan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Anggota keselamatan melepaskan tembakan bagi menyuraikan peserta demonstrasi di kawasan janakuasa dan mengerahkan kenderaan perisai ke bandar besar ketika pemerintah tentera berhadapan aksi tunjuk perasaan memasuki hari kesembilan yang menyaksikan ratusan ribu orang berhimpun di jalanan.

Lapor Reuters, junta tentera berhadapan serangan daripada kakitangan kerajaan serta sebahagian gerakan masyarakat sivil yang menentang rampasan kuasa di negara itu.

Sejumlah tentera dikerah ke kawasan janakuasa di negeri utara Kachin yang menyebabkan pertempuran dengan penunjuk perasaan serta beberapa individu mempercayai pihak tentera akan memutuskan bekalan eletrik.

Junta tentera melepaskan tembakan bagi menyuraikan peserta di luar kawasan janakuasa di ibu negara Myikyina, walaupun tidak dapat dipastikan sama ada tentera menggunakan peluru getah atau peluru hidup.

Dua wartawan dari The 74 Media yang membuat siaran langsung pertempuran itu turut ditahan bersama tiga wartawan lain, lapor agensi berita itu dalam Facebook.

Menjelang malam semalam, penduduk Myanmar mengeluh kerana talian internet diputuskan termasuk kesemua empat rangkaian telekomunikasi gagal diakses sejak pukul 1 pagi tadi.

Kedutaan Barat seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom, Kanada dan 11 negara lain mengeluarkan kenyataan menggesa anggota tentera berhenti menggunakan keganasan terhadap penunjuk perasaan dan orang awam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.