Hanya 10 negara capai 75 peratus vaksinasi - Utusan Malaysia

Hanya 10 negara capai 75 peratus vaksinasi

PETUGAS mengangkat kotak yang mengandungi vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech yang tiba di lapangan terbang Jose Maria Cordova, Colombia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengkritik jurang pengagihan bekalan vaksin Covid-19 yang disifatkannya sebagai tidak sama rata dan tidak adil.

Guterres menegaskan hanya 10 negara yang sudah melaksanakan 75 peratus proses vaksinasi.  

Pada mesyuarat peringkat tertinggi Majlis Keselamatan PBB, Guterres berkata, sebanyak 130 negara masih lagi belum menerima dos pertama vaksin Covid-19.  

“Pada masa yang gentir ini, ekuiti vaksin adalah ujian moral terbesar sebelum masyarakat global,” katanya.

Justeru, beliau mendesak sebuah Pelan Vaksinasi Global dilaksanakan segera dengan menyatukan semua yang mempunyai kuasa bagi memastikan pengagihan vaksin secara adil.

Ia termasuk saintis, pengeluar vaksin dan pihak yang mampu membiayai usaha tersebut agar semua penduduk di setiap negara mendapat suntikan vaksin secepat mungkin. 

Guterres juga menggesa negara-negara kuasa ekonomi utama dunia dalam kumpulan 20 (G20) untuk menubuhkan sebuah pasukan bertindak yang memiliki kemampuan untuk menggabungkan syarikat farmasi dan pemain industri dan logistik utama.

Katanya, satu pertemuan pada Jumaat dengan negara perindustrian utama Kumpulan Tujuh (G7) dapat mewujudkan momentum untuk menggerakkan sumber kewangan yang diperlukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.