Guru beri 10,000 makanan percuma kepada pelajar - Utusan Malaysia

Guru beri 10,000 makanan percuma kepada pelajar

ZANE Powles berjalan kaki sekurang-kurangnya lapan kilometer sehari untuk menghantar makanan tengah hari kepada pelajarnya. - MEN MEDIA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang guru sekolah rendah yang dipuji sebagai `hero’ selepas menghantar lebih 10,000 bungkusan makanan kepada pelajarnya yang terjejas akibat pandemik Covid-19 secara berjalan kaki kini memaklumkan dia mungkin memerlukan pembedahan lutut.

Lapor Daily Mail, Zane Powles, 48, dari Grimsby menghabiskan waktu paginya berjalan kaki sekurang-kurangnya lapan kilometer sehari untuk menghantar makanan tengah hari kepada pelajarnya.

Guru pembantu itu yang bekerja di Sekolah Rendah Western kini sudah berjalan sejauh lebih 1,207 kilometer secara keseluruhannya dengan mengharungi cuaca buruk sejak beberapa minggu lalu.

Dilaporkan, Powles ketika ini menunggu untuk berjumpa dengan pakar sakit lutut dan kemungkinan besar memerlukan pembedahan.

Awal minggu ini, Powles menerusi Twitter mengakui dia mengalami hari yang sukar kerana berdepan keadaan sejuk sehingga melambatkan proses penghantaran makanan selama lima hari dan terpaksa melakukan dua kali perjalanan ke setiap rumah.

Guru itu mula menghantar makanan tengah hari kepada pelajarnya pada Mac tahun lalu ketika perintah berkurung pertama dilaksanakan akibat pandemik Covid-19.

Powles yang merupakan bekas tentera dan pernah menerima anugerah guru sekolah rendah terbaik 2019, memberitahu bahawa dia lebih gemar menghantar makanan dengan berjalan kaki supaya dapat berjumpa dengan keluarga lain yang turut memerlukan bantuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya