Filipina tahan sembilan suspek pengganas wanita - Utusan Malaysia

Filipina tahan sembilan suspek pengganas wanita

TENTERA Filipina melihat beberapa mayat anggota Abu Sayyaf yang terkorban dalam pertempuran di Jolo, wilayah Sulu, Filipina. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Pihak berkuasa Filipina menahan sembilan wanita yang disyaki merancang melancarkan serangan bom dengan menyasarkan golongan tentera di selatan negara ini.

Pasukan keselamatan menahan kesemua suspek wanita tersebut dan merampas sejumlah peralatan membuat bos dalam serbuan di beberapa rumah di pulau Jolo.

Jurucakap tentera Filipina, William Gonzales berkata, kebanyakan wanita yang ditahan itu merupakan anak perempuan dan balu anggota kumpulan militan Abu Sayyaf.

“Kumpulan militan semakin terdesak apabila mereka sanggup menggunakan keluarga sendiri untuk meneruskan perjuangan yang salah,” katanya.

Tiga daripada wanita tersebut merupakan anak perempuan kepada bekas pemimpin Abu Sayyaf, hatib Hajan Sawadjaan yang dituduh menjadi dalang serangan di sebuah gereja di Jolo pada 2019.

Serangan itu menyaksikan sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.