EU meterai perjanjian tambahan 300 juta dos vaksin - Utusan Malaysia

EU meterai perjanjian tambahan 300 juta dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) memuktamadkan perjanjian dengan Pfizer dan BioNTech bagi pembekalan tambahan 300 juta dos vaksin Covid-19, kata jurucakap Suruhanjaya Eropah kepada Reuters

EU menjamin 300 juta dos Pfizer pada November tahun lalu dan mengumumkan rundingan awal bagi 300 juta suntikan pada 8 Januari lalu, bergantung terma dalam perjanjian baharu. 

Pegawai rasmi yang terlibat dengan perbincangan bersama Pfizer berkata, di bawah rundingan baharu, negara EU bersedia menempah 200 juta dos untuk dihantar tahun ini, sementara, perbincangan mengenai garis masa 100 juta suntikan lain sedang dijalankan. 

“Perbincangan bersama Suruhanjaya Eropah masih berlangsung,” kata jurucakap Pfizer. 

Sementara itu, jurucakap BioNTech enggan memberikan sebarang komen. 

Eksekutif EU mengkritik hebat beberapa minggu lalu selepas pembekal vaksin termasuk Pfizer yang mengumumkan penangguhan penghantaran dos vaksin bagi tiga bulan pertama tahun ini.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya