China bakal jadi negara tua - Utusan Malaysia

China bakal jadi negara tua

PENDUDUK yang berumur lebih 60 tahun di China dijangka berjumlah kira-kira 480 juta orang pada 2025. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China akan dipenuhi dengan penduduk warga emas sekiranya kadar kelahiran bayi di negara republik itu terus menurun.

Lapor CNN, jumlah kelahiran yang didaftarkan dengan kerajaan China menunjukkan penurunan hampir 15 peratus pada tahun lalu.     

Situasi itu di tengah-tengah kebimbangan meluas terhadap kadar kelahiran yang semakin merosot di negara paling ramai penduduk di dunia.  

Berdasarkan statistik dari Kementerian Keselamatan Awam, sebanyak 10.03 juta kelahiran bayi baharu didaftarkan pada 2020 di China berbanding 11.79 juta pada tahun sebelumnya, sekali gus mencatatkan penurunan sebanyak 14.9 peratus.    

Tahun lalu, China mencatatkan kadar kelahiran paling rendah sejak negara republik rakyat itu diasaskan pada 1949. 

Isu demografi juga boleh menimbulkan masalah serius bagi negara ekonomi kedua terbesar dunia apabila populasi usia bekerja sekarang mencapai persaraan. 

Malah, beberapa pakar bimbang jika trend itu berlanjutan atau populasi mula menyusut, China mungkin menjadi negara tua sebelum sempat menjadi lebih kaya. 

Data terbaharu dari Biro Statistik Nasional (NBS) menunjukkan terdapat 250 juta penduduk berusia lebih 60 tahun di China pada tahun lalu iaitu membabitkan kira-kira 18 peratus daripada populasi negara itu. 

Profesor dari Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, Stuart Gietel-Basten berkata, meskipun kebanyakan negara mungkin mengalami penurunan dalam kadar kelahiran pada 2020 akibat pandemik Covid-19, statistik di China masih sesuai dengan trend penurunan umum.

“Kesan Covid-19 mungkin memburukkan lagi situasi itu dan pada masa akan datang, penurunan itu mungkin tidak jadi seteruk, namun trend menurun itu dijangka berlanjutan.

“Kadar kelahiran bayi baharu tidak akan meningkat tinggi pada masa depan kerana jumlah wanita yang melahirkan anak menurun dan akan merosot lagi lebih cepat dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.     

China memperkenalkan dasar satu anak dari tahun 1979 hingga 2015 sebahagian daripada usaha mengawal pertumbuhan populasi yang semakin berkembang. 

Akibat dasar itu, kadar kesuburan China menurun secara mendadak daripada kira-kira enam kelahiran bagi setiap wanita direkodkan antara tahun 1960 dan 1965 menjadi kepada 1.5 kelahiran antara 1995 dan 2014.     

Pada masa sama, jumlah penduduk yang berusia lebih 65 tahun meningkat dari 3.36 peratus pada 1965 kepada hampir 10 peratus pada 2015 apabila dasar satu anak dinilai semula 2016.

Meskipun, sejak 2016 pasangan suami isteri dibenarkan mempunyai dua anak namun ia nampaknya sudah terlambat untuk mengatasi kadar penurunan dialami China. 

Banci seterusnya yang bermula pada November ini dijangka menunjukkan penurunan buat pertama kalinya dalam beberapa dekad, yang bermakna India mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia.

Golongan penduduk yang berumur lebih 60 tahun dijangka berjumlah kira-kira 480 juta orang pada 2050.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya