Bilangan graduan Singapura dapat kerja tetap menurun - Utusan Malaysia

Bilangan graduan Singapura dapat kerja tetap menurun

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kadar bilangan graduan universiti yang mendapatmendapat pekerjaan tetap dalam tempoh enam bulan selepas peperiksaan akhir menurun sebanyak 10 peratus tahun lalu ketika pandemik Covid-19 melanda. 

Tinjauan Kebolehpasaran Graduan Universiti Autonomi mendapati hanya 69.8 peratus graduan berjaya mendapat pekerjaan tetap berbanding 81.7 peratus pada 2019. 

Kaji selidik dilakukan terhadap 11,800 graduan dalam pengajian penuh di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS). 

Graduan tersebut disoal selidik mengenai status pekerjaan pada 1 November lalu iaitu enam bulan selepas mereka menduduki peperiksaan akhir di universiti. 

“Enam universiti autonomi (AU) meningkatkan usaha membantu graduan mereka ketika pandemik melanda negara. 

“Selain menyediakan bimbingan kerjaya dan sokongan termasuk padanan kerja, bimbingan dan perancangan kerjaya serta melengkapkan kos latihan dan pendidikan berterusan, AU turut memanfaatkan rangkaian rakan industri mereka memilih peluang pekerjaan bersesuaian dan peluang perantisan seperti SGUnited Traineeships,” katanya. 

Berbanding graduan yang sudah mendapatkan pekerjaan, peratusan bilangan yang bekerja separuh masa atau kerja sementara meningkat dari tujuh peratus kepada 22.3 peratus. 

Graduan daripada program SGUnited Traineeships sahaja sebanyak 16.9 peratus daripada jumlah tersebut. 

Kaji selidik turut menunjukkan separuh daripada kumpulan itu mendapat pekerjaan sementara atau sukarela separuh masa sekali gus menunjukkan peningkatan melebihi satu pertiga daripada kumpulan itu pada 2019. 

Purata tangga gaji bagi graduan yang bekerja tetap adalah sebanyak 3,700 dolar Singapura (RM11,289) berbanding 3,600 dolar Singapura (RM10,984) pada 2019. 

Sama seperti 2019, graduan daripada pengajian teknologi digital dan maklumat, sains kesihatan dan perniagaan merupakan bilangan peratusan yang mendapat pekerjaan sepenuh masa paling tinggi. 

KAJI SELIDIK STATUS PEKERJAAN GRADUAN 

Menerusi kaji selidik susulan, seramai 827 graduan dari NUS, NTU dan SMU dikenal pasti status pekerjaan mereka. 

Kajian itu dijalankan berdasarkan latihan praktikal graduan sebelum mereka memasuki profesion masing-masing. 

Graduan yang dikenal pasti adalah daripada pengajian seni bina pada 2017 dan sains bioperubatan dan perubatan China, undang-undang, perubatan serta farmasi yang menamatkan tahun pertama latihan selepas bergraduasi pada 2019. 

Sebanyak 96.8 peratus memiliki pekerjaan selepas melengkapkan latihan industri tahun lalu yang merekodkan penurunan daripada 98.6 peratus pada 2019. 

93.5 peratus pula berjaya mendapat pekerjaan tetap berbanding 96.4 pada 2019. 

Baki 0.3 peratus adalah pekerja bebas yang tidak terikat berbanding 0.6 peratus tahun sebelumnya. 

 

 

 

  

 

 

 

  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.