Bapa Nicki Minaj maut dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Bapa Nicki Minaj maut dalam kemalangan

NICKI MINAJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bapa kepada penyanyi rap terkenal, Nicki Minaj dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kejadian langgar lari dekat New York City, menurut polis.

Jabatan Polis Nassau County dalam satu kenyataan memaklumkan, Robert Maraj, 64, dilanggar ketika sedang berjalan di Mineola, Long Island kira-kira pada pukul 6.15 petang (waktu tempatan) pada Jumaat lalu.

Pemandu tersebut melarikan diri dari lokasi kejadian selepas insiden tersebut.

Maraj kemudian dibawa ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia pada Sabtu.

“Siasatan masih sedang berlangsung,” kata polis.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan hubungan Maraj dengan Minaj tetapi seorang jurucakap polis mengesahkan mangsa merupakan bapanya.

Minaj, 38, dilahirkan di Trinidad dan Tobago serta dibesarkan di bandar Queens di New York City.

Penyanyi itu dicalonkan untuk 10 anugerah Grammy sepanjang kariernya.

Setakat ini, Minaj belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya