Asteroid besar dijangka bertembung orbit Bumi hari ini - Utusan Malaysia

Asteroid besar dijangka bertembung orbit Bumi hari ini

ASTEROID besar daripada roket dibangunkan SpaceX, dijangka bertembung dengan orbit Bumi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah asteroid yang dikatakan lebih besar daripada roket dibangunkan oleh SpaceX, dijangka bertembung dengan orbit Bumi.

Lapor Daily Star, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengesan batu angkasa gergasi yang diberi nama 2019 YP5 menerusi Pusat Kajian Objek Berhampiran Bumi (CNEOS).

Batu angkasa itu dijangka terbang melepasi Bumi hari ini.   

NASA mengesan ribuan asteroid setiap tahun namun batu angkasa 2019 YP5 amat besar berbanding batu biasa yang dianggarkan diameter bersaiz antara 92 meter dan 210 meter.

Asteroid itu dikatakan lebih besar daripada roket milik syarikat diasaskan oleh bilionair terkemuka, Elon Musk.      

Roket dikenali Falcon 9 berada pada ketinggian 63.33 meter dan perlu dipasang bersama kapal angkasa Dragon, Starship dan Super Heavy bagi melancarkan roket tersebut.

Setelah kesemua bahagian itu digabungkan, ketinggian roket itu berukuran 118 meter di tapak pelancaran.  

Ia secara tidak langsung menjadikan asteroid 2019 YP5 lebih besar berbanding kapal angkasa dibangunkan SpaceX. 

Dalam pada itu, NASA menganggarkan asteroid 2019 YP5 bergerak melepasi Bumi pada kelajuan 13.55 kilometer (km) sesaat atau 48,779 km sejam.

NASA turut mengklasifikan batu angkasa itu sebagai asteroid Aten.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.