Afghanistan mula kempen vaksinasi Covid-19 - Utusan Malaysia

Afghanistan mula kempen vaksinasi Covid-19

PETUGAS kesihatan memunggah kotak bekalan vaksin Covid-19 yang disumbangkan oleh kerajaan India, di lapangan terbang di Kabul pada 7 Februari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Afghanistan memulakan kempen vaksinasi Covid-19 hari ini, yang bertujuan memberi suntikan vaksin kepada ratusan ribu penduduknya dalam usaha mengekang penularan virus tersebut.

Langkah itu dilaksanakan ketika keganasan di negara itu semakin meningkat.

Doktor, anggota keselamatan dan wartawan merupakan antara kumpulan sukarelawan pertama menerima vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca, yang disumbangkan oleh India pada awal bulan ini.

“Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh penduduk Afghanistan atas pelaksanaan peringkat pertama kempen tersebut dengan 500,000 dos vaksin disediakan.

“Ini adalah peluang besar buat rakyat Afghanistan,” kata Presiden negara itu, Ashraf Ghani.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Waheed Majroh turut menyambut baik pelaksanaan kempen vaksinasi tersebut.

“Kami tidak menjangkakan sebarang keajaiban berlaku tetapi berharap agar kempen ini berjalan dengan baik,” katanya.

Afghanistan dipercayai teruk terjejas pandemik Covid-19 pada tahun lalu.

Ujian saringan Covid-19 terhad dan sektor penjagaan kesihatan yang hampir musnah menghalang keupayaannya untuk mengesan virus membawa maut itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya