Wanita maut ditembak dalam rusuhan di Capitol - Utusan Malaysia

Wanita maut ditembak dalam rusuhan di Capitol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang wanita yang dipercayai merupakan penyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ditembak mati dalam rusuhan di bangunan Capitol.

Wartawan Fox News, Lindsay Watts menerusi Twitter memaklumkan pasukan paramedik berusaha menyelamatkan wanita itu selepas ditembak, manakala CNN melaporkan mangsa ditembak pada bahagian dada dan dalam keadaan kritikal.

Jurucakap polis kemudiannya mengesahkan wanita itu meninggal dunia.

Beberapa laporan juga menyebut anggota polis melepaskan tembakan sehingga mengenai wanita tersebut.

Sehingga kini, identiti mangsa serta motif tembakan belum dikenal pasti.

Terdahulu, penyokong Trump merusuh dan menyerbu masuk bangunan Capitol dan memaksa Kongres untuk membatalkan kekalahan Trump dalam Pilihan Raya Presiden AS pada 3 November lalu. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya