Usaha Biden bantu Palestin berdepan banyak cabaran - Utusan Malaysia

Usaha Biden bantu Palestin berdepan banyak cabaran

JOE Biden komited untuk membantu Palestin termasuk membuka semula pejabat diplomatik yang ditutup di Washington pada 2018. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk membuka semula pejabat misi diplomatik Palestin di sini bakal berdepan cabaran dan mendedahkan beberapa pegawai Palestin dengan tuntutan undang-undang antikeganasan AS.

 

JOE BIDEN

Lapor Arab News, pentadbiran Biden menzahirkan harapan untuk memulihkan hubungan dengan rakyat Palestin selepas ‘hubungan menjadi semakin keruh’ di bawah era Donald Trump.

Trump membuat keputusan menutup Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Washington pada 2018, selain menyekat bantuan bernilai jutaan dolar ke Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Di bawah pindaan antikeganasan yang diluluskan Kongres serta ditandatangani Trump pada 2019, rakyat Palestin berdepan dengan denda kewangan sebanyak AS$655.5 juta (RM2.6 bilion) di mahkamah sekiranya membuka pejabat diplomatik di negara ini.

Selain itu, timbul persoalan bagaimana Biden dapat menyambung semula bantuan ekonomi kepada Palestin.

Akta Penguatkuasaan Taylor yang diluluskan di Kongres pada 2018 menyekat beberapa bantuan disalurkan ke negara itu kecuali Palestin mengambil langkah menghentikan pembayaran gaji kepada sejumlah individu yang ditahan di penjara Israel.

Bercakap kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pemangku wakil AS, Richard Mills berkata, Washington berniat untuk membuka semula pejabat Palestin di sini tanpa memberi jangka masa.

Barisan kepemimpinan Palestin menyambut baik usaha Biden, namun menyedari langkah itu bukan mudah seperti yang dirancang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.