Tiga tahun untuk buktikan masih hidup - Utusan Malaysia

Tiga tahun untuk buktikan masih hidup

JEANNE POUCHAIN terpaksa membuktikan masih hidup selepas diisytiharkan sudah meninggal dunia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang wanita dari Perancis terpaksa menghabiskan masa kira-kira tiga tahun untuk membuktikan dia masih hidup selepas diisytiharkan meninggal dunia oleh sebuah mahkamah.

Lapor The Guardian, Jeanne Pouchain, 58, dari Saint-Joseph, disenaraikan oleh mahkamah rayuan di Lyon sebagai orang yang sudah meninggal dunia sejak November 2017 selepas terlibat dalam satu perselisihan faham dengan bekas pekerja di syarikat pembersihan.

“Saya bertemu dengan seorang peguam yang memberitahu bahawa isu ini boleh diselesaikan segera memandangkan saya sudah berjumpa doktor yang mengesahkan saya masih lagi hidup.

“Oleh kerana terdapat keputusan mahkamah mengenainya, maka proses ini tidak mencukupi,” katanya kepada pemberita tempatan.

Peguamnya, Sylvain Cormier juga terkejut mengenai berita memalsukan kematian Pouchain.

“Ini cerita gila, saya tidak percaya dan tidak sangka seorang hakim boleh mengisytiharkan kematian seseorang individu tanpa sijil perakuan,” katanya.

Pada 2014, mahkamah industri mengarahkan Pouchain membayar ganti rugi kira-kira 14,000 pound (RM77,548) kepada bekas pekerjanya kerana telah dipecat.

Oleh kerana, kes itu ditujukan kepada syarikat dan bukannya Pouchain secara peribadi, maka keputusan itu tidak dikuatkuasakan.

Pada 2009, pekerja itu sekali lagi memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi daripada Pouchain namun kes itu telah dibatalkan.

Pada 2016, sebuah mahkamah rayuan mengarahkan suami dan anak lelaki Pouchain membayar ganti rugi kepada pekerja berkenaan setelah mempercayai dia sudah meninggal dunia.

Pada tahun berikutnya, pekerja itu memaklumkan mahkamah industri bahawa dia gagal mendapat maklum balas daripada beberapa surat dihantar kepada Pouchain kerana sudah meninggal dunia.

Maklumat Pouchain dihapuskan daripada rekod rasmi, membatalkan kad pengenalan, lesen memandu, akaun bank, insurans kesihatan dan dokumen lain berkaitan bagi membuktikan dia masih hidup.

Pouchain menuduh bekas pekerjanya memalsukan kematiannya dalam usaha menuntut ganti rugi daripada warisnya.

“Saya tidak mempunyai dokumen identiti, tiada insuran kesihatan malah tidak dapat membuktikan kepada bank bahawa saya masih hidup. Saya seperti tidak wujud,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya