Sekeluarga tinggal di wad selama enam tahun - Utusan Malaysia

Sekeluarga tinggal di wad selama enam tahun

TIAN dan keluarganya menjadikan wad di sebuah hospital di Beijing, China seperti rumah sendiri selepas enggan membayar bil rawatannya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki dan ibu bapanya akhirnya bersetuju untuk berpindah dari wad di sebuah hospital di sini selepas ‘menetap’ di  premis tersebut selama enam tahun.

Lapor Oddity Central, keluarga tersebut tinggal di dalam wad berkenaan untuk tempoh lama kerana mempunyai pertikaian berhubung soal kewangan dengan hospital terbabit.

Pada 2014, seorang lelaki yang dikenali sebagai Tian dimasukkan ke sebuah hospital ternama di sini dengan gejala muntah dan tekanan darah tidak stabil.

Dia sepatutnya hanya dimasukkan ke wad selama beberapa hari, namun disebabkan oleh pertikaian berhubung bil perubatannya, lelaki itu membuat keputusan untuk tinggal di wad hospital berkenaan selama enam tahun bersama ibu bapanya.

Tian mendakwa hospital sengaja menahannya di wad serta memberikan rawatan yang tidak sewajarnya menyebabkan dia enggan membayar bil rawatan.

Sepanjang tempoh enam tahun, Tian dan keluarganya menjadikan wad tersebut seperti rumah mereka dengan membawa perkakas sendiri.

Keluarga tersebut hanya bersetuju untuk keluar dari hospital tersebut selepas mahkamah daerah menetapkan mereka layak mendapat pampasan dari hospital berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya