Ramai wanita di China tidak mahu berkahwin - Utusan Malaysia

Ramai wanita di China tidak mahu berkahwin

SEMAKIN ramai wanita di China enggan atau menangguhkan perkahwinan kerana enggan terikat dengan polisi keluarga yang tidak masuk akal. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Semakin ramai golongan wanita di China menangguhkan atau menolak perkahwinan dan lebih selesa hidup tanpa terikat dengan mana-mana pihak.

Lapor CNN, dalam tempoh enam tahun, jumlah penduduk negara ini yang berkahwin menurun buat pertama kali sebanyak 41 peratus iaitu dari 23.8 juta pada 2013 kepada 13.9 juta pada 2019.

Menurut Statistik Biro Kebangsaan China, penurunan itu disebabkan oleh beberapa faktor dan antaranya termasuk polisi yang mengehadkan bilang anak bagi mengawal populasi di negara ini.

Polisi itu secara tidak langsung menjadikan populasi muda di China semakin sedikit, sekali gus mengurangkan peratusan penduduk yang akan berkahwin.

Selain itu, pandangan golongan wanita China terhadap institusi perkahwinan juga sudah berubah.

Ada dalam kalangan mereka menggelar wanita yang sudah berkahwin menjadi ‘keldai kepada suami’ bagi menggambarkan wanita terpaksa mengikut semua perintah suami sehingga tidak boleh membuat keputusan sendiri.

Pegawai di kementerian Hal Ehwal Sivil China, Yang Zongtao berkata, penurunan kadar perkahwinan dan kelahiran boleh menjejaskan pembangunan ekonomi serta sosial di negara ini.

“Isu ini sudah dibawa ke hadapan dan kementerian akan meningkatkan kualiti polisi sosial dan menggandakan usaha untuk menggalakkan penduduk supaya positif terhadap hubungan kasih sayang, perkahwinan dan kekeluargaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya