Puting beliung landa Alabama, seorang maut - Utusan Malaysia

Puting beliung landa Alabama, seorang maut

SEBUAH kereta rosak terus selepas dihempap pokok tumbang ketika ribut melanda pekan Fultondale di Alabama, Amerika Syarikat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang maut dan lima orang cedera parah apabila satu puting beliung melanda Alabama, hari ini.

Ribut yang melanda pekan Fultondale di Jefferson County menyebabkan kerosakan teruk pada infrastruktur di pekan tersebut.

Ketua Polis Fultondale, D.P. Smith mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mangsa maut selepas pokok tumbang menghempap kediamannya ketika cuba berlindung di ruang bawah tanah.

Beberapa imej yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan banyak rumah dan bangunan rosak, selain kenderaan juga terjejas. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya