Protes bantah kawalan pergerakan di Belanda - Utusan Malaysia

Protes bantah kawalan pergerakan di Belanda

GAMBAR yang dirakam daripada video menunjukkan Pusat Ujian Covid-19 dibakar di Kampung Urk, 80 kilometer di timur laut Amsterdam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Protes bagi menentang kawalan pergerakan membendung penularan Covid-19 berakhir dengan pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pihak polis, semalam.

Pihak polis terpaksa menggunakan semburan air dan anjing di Amsterdam, seperti dilaporkan televisyen awam NOS, selepas ratusan berhimpun bagi menentang pelaksanaan kawalan pergerakan itu yang akan berakhir sehingga 10 Februari.

Aksi tunjuk perasaan itu dilaporkan merebak ke beberapa kawasan seperti The Hague, Breda, Arnhem, Tilburg, Enschede, Appeldoorn, Venlo and Ruremond.

Di selatan bandar Eindhoven, pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan himpunan ratusan orang dengan 30 individu ditangkap.

Beberapa kenderaan dibakar dan perniagaan di stesen kereta api dicuri.

Syarikat Kereta Api Belanda, NS, menggesa orang ramai mengelakkan diri ke stesen Eindhoven kerana jadual perjalanan kereta api terganggu disebabkan gangguan kecemasan.

Pusat Ujian Covid-19 turut dibakar pada Sabtu petang di Kampung Urk yang terletak di utara negara itu.

Datuk Bandar Eindhoven, John Jorritsma berkata, Belanda akan dilanda perang sivil sekiranya negara berterusan berada dalam keadaan itu.

Penggubal Undang-Undang Belanda pada Khamis meluluskan pelan kawalan pergerakan Rutte yang menerima kritikan daripada pemimpin politik berhaluan kanan, Geert Wilders yang menyifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak seimbang.

Rutte dan kabinet pentadbirannya meletakkan jawatan pada 22 Januari lalu berhubung skandal melibatkan manfaat cukai kanak-kanak, tetpai akan terus memerintah sehingga pilihan raya pada pertengahan Mac nanti. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya