fbpx

25 Februari 2021, 4:30 pm

Pekerja pembersihan, penerima pertama suntikan vaksin Covid-19 di India

MANISH menerima suntikan vaksin Covid-19 di All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) di New Delhi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang pekerja yang menjalankan kerja-kerja sanitasi menjadi rakyat India pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 ketika negara republik itu memulakan program vaksinasi terbesar di dunia.

Beberapa media tempatan melaporkan, Manish Kumar, 34, menerima suntikan vaksin Covid-19 di All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) di New Delhi.

Manish yang juga bekerja di hospital itu selama lapan tahun, menerima suntikan vaksin itu dalam satu program yang dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Harsh Vardhan.

Dalam pada itu, lapor BBC, Perdana Menteri India, Narendra Modi melancarkan kempen itu yang bertujuan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada kira-kira 1.3 bilion penduduknya dalam usaha mengekang penularan virus.

Beliau memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan yang bakal menjadi golongan pertama menerima suntikan vaksin Covid-19.

India merekodkan jumlah kes jangkitan Covid-19 kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).

Berjuta-juta dos dua vaksin Covid-19 yang diluluskan iaitu Covishield dan Covaxin, diagihkan ke seluruh negara sebelum memulakan pelaksanaan kempen vaksinasi itu.

“India melancarkan kempen vaksinasi Covid-19 terbesar di dunia dan ini menunjukkan keupayaan kami kepada semua,” katanya ketika menyampaikan ucapan pelancaran kempen itu secara maya. – AGENSI

BERITA BERKAITAN