Palestin sambut baik langkah Biden tolak polisi Trump - Utusan Malaysia

Palestin sambut baik langkah Biden tolak polisi Trump

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLANTA: Pemimpin Palestin mengalu-alukan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk meneruskan hubungan diplomatik dengan pihak berkuasa Palestin di Ramallah dan memulihkan bantuan AS kepada penduduk Palestin, lapor Arab News.

Pemangku Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Richard Mills memberitahu Dewan Keselamatan PBB bahawa pentadbiran Biden akan memulihkan sepenuhnya hubungan diplomatik dan mengembalikan semula bantuan ekonomi dan kemanusiaan yang dihalang oleh Trump sebelum ini.

Jurucakap Kerajaan Palestin, Ibrahim Milhem berkata, Presiden, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri, Mohammad Shtayyeh menyambut baik pengumuman itu yang menekankan sokongan AS terhadap penyelesaian konflik Israel-Palestin serta kepentingan mengembalikan semula perundingan antara kedua-dua negara itu.

Jelas beliau, kepemimpinan Palestin berminat supaya rundingan itu diteruskan berdasarkan persetujuan bersama resolusi PBB dan prinsip undang-undang antarabangsa yang menuntut pendudukan Israel dihentikan sekali gus memastikan penubuhan negara Palestin.

“Kami bersedia meneruskan rundingan diplomatik dengan Israel menerusi bantuan pihak antarabangsa berdasarkan undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

“Bagaimanapun, apa-apa penyelesaian tanpa memperhitungkan hak rakyat palestin seperti termaktub dalam undang-undang antarabangsa dan perjanjian PBB akan gagal,” katanya.

Sementara itu, Anggota Kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Wasel Abu Yousef berkata, rakyat Palestin menyedari pentadbiran Biden menandakan penentangan yang jelas terhadap dasar-dasar yang dibawa oleh Trump, namun, sokongan AS terhadap Israel masih berterusan.

“Apa yang sebenarnya diinginkan rakyat Palestin adalah jalan yang jelas untuk mengakhiri penjajahan Israel dan penubuhan negara mereka, bukan kebijakan pengurusan konflik seperti yang dilakukan selama lapan tahun di bawah pemerintahan bekas Presiden AS, Barack Obama,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.