fbpx

6 Mac 2021, 1:31 pm

  TERKINI

Naib Pengerusi Samsung dipenjara kes rasuah

LEE Jae Yong terlibat dengan skandal rasuah terbesar dan jenayah lain. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Ketua Perniagaan Samsung di Korea Selatan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah berhubung skandal rasuah terbesar dan jenayah lain.

Naib Pengerusi Samsung Electronics, Lee Jae Yong, didapati bersalah melakukan rasuah dan penggubahan wang yang dikaitkan dengan Presiden yang dipecat, Park Geun Hye.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul dalam keputusannya memberitahu, Lee secara aktif memberi rasuah dan secara tersirat meminta presiden menggunakan kuasanya untuk membantu dirinya mengetuai konglomerat itu.

“Sangat mengecewakan apabila Samsung yang merupakan syarikat terkenal di negara ini dan merupakan kebanggaan global dalam inovasi, berulang kali terlibat dalam jenayah setiap kali berlaku perubahan dalam politik,” kata mahkamah.

Lee hadir ke mahkamah dengan berwajah muram serta memakai pelitup muka menghiraukan pertanyaan wartawan dan segera dibawa ke tempat tahanan.

Tertuduh menjadi Ketua Kumpulan Samsung selama beberapa tahun setelah ayahnya meninggal dunia pada Oktober tahun lalu akibat serangan jantung.

Samsung adalah konglomerat keluarga terbesar yang menguasai perniagaan di Korea Selatan serta menjadi ekonomi terbesar ke-12 di dunia.

Perolehan keseluruhannya setara dengan seperlima keluaran dalam negara kasar dan sangat penting untuk kesejahteraan ekonomi Korea Selatan.

Peningkatannya didorong oleh kesediaan untuk melabur berbilion-bilion dalam pertaruhan strategik pada teknologi utama.

Namun, Pakar Perniagaan di Universiti Sejong, Prof. Kim Dae Jong berkata, hukuman itu akan menyebabkan berlaku kekosongan kepemimpinan yang dijangka memberi kesan terhadap pelaburan berskala besar pada masa depan.

“Ini benar-benar pukulan besar dan krisis besar bagi Samsung,” katanya.