Lagi kelulusan bina penempatan haram di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Lagi kelulusan bina penempatan haram di Tebing Barat

ISRAEL meluluskan rancangan pembinaan 780 penempatan haram baharu di Tebing Barat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel semalam meluluskan pembinaan 780 unit baharu penempatan haram di Tebing Barat.

Badan pemerhati, Peace Now menegaskan bahawa rancangan tersebut akan memberi kesan kepada hubungan rejim Zionis dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah pimpinan Joe Biden.

Pada minggu lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan pihak berkuasa untuk meluluskan pembinaan penempatan haram baharu di wilayah berkenaan.

Biden yang bakal mengangkat sumpah sebagai presiden baharu AS pada 20 Januari ini dilaporkan menentang perjanjian perdamaian Tebing Barat, selain menyifatkan konsensus antarabangsa mengenai pendudukan Yahudi di Palestin adalah melanggar undang-undang dunia.

Berikutan itu, Peace Now menjangkakan rancangan Israel berkenaan akan mengeruhkan hubungan dengan Palestin, selain menjejaskan rundingan damai antara kedua-dua negara dalam jangka panjang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya