Indonesia haramkan FPI - Utusan Malaysia

Indonesia haramkan FPI

PEMIMPIN FPI, Habib Riqieq Shihab disiasat sebagai suspek dalam kes pelanggaran protokol kesihatan di Petamburan, Tanah Abang, Jakarta pada 14 November lalu. - ANTARA/HAFIDZ MUBARAK A
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan Front Pembela Islam (FPI) dan menyekat segala aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan berpengaruh di Indonesia.

Lapor Kompas.com, keputusan itu disampaikan oleh Menteri Penyelarasan Perundangan, Politik dan Hal Ehwal Keselamatan Mahfud MD dalam satu sidang akhbar.

“Kerajaan melarang aktiviti FPI dan menghentikan mana-mana kegiatan dilakukan parti tersebut kerana tiada kebenaran di sisi undang-undang untuk bergelar sebagai organisasi kemasyarakatan mahupun pertubuhan biasa,” katanya.

Jelas Mahfud, tindakan kerajaan itu selaras dengan undang-undang dan peraturan sedia ada antaranya keputusan Mahkamah Konstitusi berkaitan Undang-Undang Organisasi Kemasyarakatan.

Tegas beliau, dengan tiada kebenaran di sisi undang-undang terhadap FPI maka Mahfud meminta kerajaan pusat dan daerah untuk menolak semua aktiviti yang dilakukan oleh parti tersebut.

“Kepada kerajaan, pegawai pusat dan daerah sekiranya terdapat sesebuah organisasi mewakili FPI, ia tidak wujud dan perlu ditolak kerana tiada kebenaran di sisi undang-undang,” katanya.

FPI terkenal di Indonesia kerana menyerbu kelab malam dan premis lain yang dianggap tidak bermoral.

Sementara itu, Polis Metro Jaya melanjutkan tempoh penahanan pemimpin FPI, Muhammad Rizieq Shihab selama 40 hari lagi.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis, Inspektor Jeneral Argo Yunowo berkata, perkara itu dilakukan kerana proses siasatan terhadap Muhammad Rizieq belum selesai.

“Berdasarkan Perkara 24 Kanun Jenayah dan bagi tujuan siasatan yang belum selesai, tempoh penahanan Muhammad Rizieq dilanjutkan sebanyak 40 hari lagi iaitu dari 1 Januari hingga 9 Februari depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Argo, Muhammad Rizieq juga menolak untuk menandatangani laporan rasmi bagi waran lanjut penahanan.

Bagaimanapun, katanya, polis menghormati keputusan itu dengan tetap membuat laporan rasmi penolakan tersebut.  

Sebelum ini, menerusi kes yang disiasat oleh Subdit 1 Keselamatan Dalam Negeri dan Direktorat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Metro Jaya, Muhammad Rizieq dinamakan sebagai suspek dalam satu kes menghasut dan menghimpunkan orang ramai.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya