Imuniti vaksin Moderna bertahan setahun - Utusan Malaysia

Imuniti vaksin Moderna bertahan setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASSACHUSETTS: Syarikat bioteknologi, Moderna mendakwa imuniti yang diperoleh daripada vaksin Covid-19 keluarannya mampu bertahan sekurang-kurangnya selama setahun.

Pengeluar vaksin itu dalam satu Persidangan Penjagaan Kesihatan JP Morgan memberitahu pihaknya yakin teknologi messenger RNA (mRNA) yang diguna pakai amat sesuai untuk menghasilkan vaksin berdasarkan varian baharu koronavirus yang menular di beberapa negara.  

Vaksin yang dibangunkan syarikat itu, mRNA-1273 menggunakan mRNA sintetik untuk meniru permukaan koronavirus dan mengajar sistem daya lawan jangkitan (imun) untuk mengenal dan meneutralkannya. 

Pada Disember lalu, Moderna memaklumkan akan menjalankan beberapa ujian klinikal untuk mengesahkan aktiviti vaksin terhadap sebarang strain. 

Semalam, Moderna berkata, pihaknya menjangkakan untuk mengedarkan antara 600 juta dos hingga satu bilion dos vaksin Covid-19 pada tahun ini.

Syarikat itu turut meramalkan penjualan berkaitan vaksin mencecah sebanyak AS$11.7 bilion (RM47.5 bilion) bagi tahun ini, berdasarkan perjanjian pembelian awal dimeterai dengan beberapa negara. 

“Kami berasa amat selesa dengan ‘track record‘ yang dicapai ketika ini bahawa kita berada pada landasan tepat untuk mengedarkan sekurang-kurangnya 600 juta dos vaksin,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Stephane Bancel. – REUTERS    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.