fbpx

3 Disember 2021, 3:51 pm

  TERKINI

Ikan pari lahir anak tanpa pasangan

DUA ekor ikan pari helang melahirkan anak buat pertama kali tanpa pasangan pari jantan di Auckland, New Zealand. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUCKLAND: Dua ekor ikan pari helang di sini dilaporkan melahirkan anak tanpa pasangan pari jantan di dalam akuarium yang menempatkan hidupan laut tersebut.

Lapor The Guardian, ikan pari helang yang diberi nama Nibble dan Spot itu dipamerkan di Akuarium SEA Life Kelly Tartton di sini.

Kedua-dua ikan pari tersebut dikesan melahirkan anak pada malam Tahun Baharu yang lepas.

Keadaan itu menimbulkan pelbagai persoalan kepada kumpulan pakar hidupan laut mengenai bagaimana pari betina boleh lahirkan anak tanpa pasangan.

Kurator di akuarium tersebut, Andrew Christie berkata, kemungkinan besar dua ikan pari betina itu menyimpan sperma dari pasangan mereka sebelum ini sebelum disenyawakan.

‘Penyimpanan sperma’ merupakan strategi biasa yang digunakan oleh sejumlah spesies ikan, termasuk serangga, kelawar dan kura-kura susulan kesukaran untuk mencari pasangan mengawan.

POPULAR

KOSMO! TERKINI