Covid-19: Thailand lulus bantuan tunai - Utusan Malaysia

Covid-19: Thailand lulus bantuan tunai

SEORANG wanita menjual pelitup muka di tepi jalan di Bangkok selepas pihak berkuasa Thailand mengenakan sekatan ketat berikutan Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kerajaan Thailand bersetuju untuk menyalurkan dua bantuan tunai kepada golongan yang amat memerlukan ketika pandemik Covid-19 masih berleluasa.

Bayaran bulanan sebanyak dua kali yang berjumlah 3,500 baht (RM472) merupakan antara langkah yang dirancang untuk meringankan beban penduduk negara itu.

Selain itu, bantuan lain seperti pengurangan bil elektrik dan air dan pinjaman mudah kepada para peniaga juga diberikan.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha berkata, mesyuarat Kabinet mingguan meluluskan langkah terbaharu itu bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin terbeban dengan pandemik Covid-19. 

Katanya, Kementerian Kewangan masih lagi memperincikan pemberian bantuan tunai dan cadangannya akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Selasa depan.

Pekerja sementara, pekerja sambilan dan petani yang tidak dilindungi oleh sistem jaminan sosial layak untuk menerima bantuan baharu itu.  

Menurut seorang sumber kerajaan, kira-kira 30 juta penduduk dijangka menerima bantuan tersebut dan sebanyak 210 bilion baht telah diperuntukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.