Covid-19 jejaskan kesuburan lelaki - Utusan Malaysia

Covid-19 jejaskan kesuburan lelaki

COVID-19 boleh menjejaskan sel sperma dan mengurangkan tahap kesuburan lelaki. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Virus Covid-19 boleh menjejaskan kualiti sperma dan mengurangkan tahap kesuburan lelaki.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Reproduction, koronavirus boleh meningkatkan risiko kematian sel sperma.

“Penemuan ini secara tidak langsung membuktikan sistem reproduktif lelaki boleh terjejas akibat Covid-19.

“Jangkitan Covid-19 juga boleh memberi kesan kepada organ reproduktif lelaki,” jelas ketua penyelidik, Behzad Hajizadeh dan Bakhtar Tartibian.

Kedua-dua penyelidik dari Universiti Justus Liebig itu melakukan analisis terhadap 84 lelaki yang disahkan dijangkiti Covid-19 dalam tempoh selang 10 hari selama 60 hari.

Hasil analisis itu kemudiannya di bandingkan dengan data 105 lelaki yang sihat dan mendapati sel sperma penghidap Covid-19 menurun serta tidak berkualiti.

Covid-19 setakat ini sudah meragut kira-kira 2.2 juta nyawa di seluruh dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya