fbpx

17 Januari 2021, 8:23 pm

  TERKINI

Bom tangan dibeli tiba-tiba meletup

ATF menggesa orang ramai yang pernah beli bom tangan dari Fancy Flea Antique Mall di North Carolina segera hubungi mereka. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan terbunuh akibat letupan sebutir bom tangan.

Lapor CNN, para penyiasat percaya bom tangan itu dibeli dari sebuah kedai antik di North Carolina.

Malah, pihak berkuasa memberi amaran mungkin ada lagi barang itu telah dijual dan ia masih aktif. 

Berdasarkan Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan (ATF), bom tangan itu dianggap tidak aktif secara kimia.

Kanak-kanak itu terbunuh pada bulan lalu selepas bom tangan yang dibeli itu meletup secara tiba-tiba. 

ATF percaya bom tangan itu telah dibeli pada 13 Jun tahun lalu dari Fancy Flea Antique Mall di Shallotte.

Jelas agensi itu, apabila bom tangan itu dijual, pembeli dan penjual tidak percaya bahawa bahan itu masih lagi berfungsi atau berbahaya. 

ATF juga menggesa orang ramai yang membeli bom tangan dari penjual sama untuk menghubungi mereka kerana bimbang mungkin mengandungi bahan letupan dan berbahaya kepada masyarakat.