Anjing ‘tipu’ kaki tempang - Utusan Malaysia

Anjing ‘tipu’ kaki tempang

BILLY meniru tuannya, Jones yang berjalan tempang kerana berasa simpati selepas lelaki itu patah kaki akibat kemalangan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki warga Britain yang membelanjakan hampir 300 pound (RM1,654) untuk merawat anjing peliharaannya yang dipercayai cedera, terkejut selepas mengetahui rupanya tiada apa-apa berlaku dengan haiwan tersebut.  

Sebaliknya, anjing itu hanya meniru tuannya yang berjalan tempang kerana berasa simpati dengan nasib lelaki tersebut.

Lapor Oddity Central, Russell Jones tidak dapat berjalan seperti biasa selepas patah pergelangan kakinya dalam satu kemalangan yang berlaku pada tahun lalu.   

Kata Jones, pada suatu hari ketika keluar bersama anjingnya, Billy, dia mendapati haiwan itu berjalan tempang sepertinya.

Menurut Jones, teman wanitanya, Michelle juga menyedari Billy meniru gaya jalannya sehingga terpaksa membawa anjing itu untuk berjumpa dengan doktor haiwan.

Jelasnya, hanya selepas membelanjakan sebanyak RM1,654 untuk melakukan beberapa pemeriksaan dan x-ray, dia mendapat tahu bahawa Billy meniru jalannya atas rasa simpati.

“Saya berasa bimbang sesuatu telah berlaku kepada Billy, jadi kami terus membawanya untuk berjumpa doktor namun mereka tidak dapat mengesan sebarang masalah dengannya,” katanya.

Satu rakaman video memaparkan Jones dan Billy berjalan tempang ketika berada di luar menjadi tular di laman media sosial sehingga kebanyakan warganet berasa kagum dengan kemahiran lakonan anjing itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya