Anak saman bapa RM864,000  - Utusan Malaysia

Anak saman bapa RM864,000 

KOSWARA (tengah) semasa hadir ke mahkamah dan ditemani dua anaknya. -KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Seorang anak perempuan tergamak memfailkan saman terhadap bapa kandungnya sendiri sebanyak tiga bilion rupiah (RM864,000) di daerah Cinambo, Bandung. 

Lapor Kompas.com, Koswara, 85, disaman oleh anak ketiganya, Masitoh yang merupakan seorang peguam mengenai harta pusaka yang dimilikinya.    

Dia ditemani abangnya, Deden bagi mengemukakan saman terhadap harta peninggalan bapanya. 

Bagaimanapun, Masitoh meninggal dunia sehari sebelum sesi perbicaraan berlangsung di mahkamah. 

Wanita itu mati akibat penyakit jantung dan dikebumikan semalam iaitu tarikh sama bagi perbicaraan kes di Mahkamah Daerah Khas Bandung. 

Koswara memiliki enam anak iaitu yang pertama bernama Imas diikuti Deden, Masitoh, Ajid, Hamida dan Muchtar anak keenam. 

Anak kelimanya, Hamidah yang memimpin ayahnya ke mahkamah berkata, ayahnya baru mengetahui berita pemergian Masitoh selepas mahkamah berhenti bersidang dan tetap menziarahi pusara anaknya. 

Peguam Masitoh, Komar Sarbini berkata, saman itu difailkan kerana Hamidah dan Koswara didakwa melanggar undang-undang kerana menafikan kontrak perjanjian berhubung pewarisan tanah. 

“Mereka mengingkari perjanjian kontrak (sewa tempat) di Jalan AH Nasution Bandung. Selebihnya, akan diputuskan oleh mahkamah,” katanya. 

Saman itu berhubung harta warisan seluas 0.3 hektar milik Koswara. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya