Alami tekanan darah tinggi sejak jadi menteri - Utusan Malaysia

Alami tekanan darah tinggi sejak jadi menteri

RISMAHARINI bertemu dengan salah seorang gelandangan di Jakarta. - KEMENTERIAN SOSIAL INDONESIA      
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Sosial Indonesia, Tri Rismaharini mengakui terpaksa menghadapi pelbagai cabaran termasuk menghidap penyakit tekanan darah tinggi sejak memegang jawatan penting itu.

Lapor Kompas.com, Rismaharini berkata, bacaan tekanan darahnya pernah mencatatkan tahap tinggi iaitu sekitar 170mmHG kerana bebanan tanggungjawab yang digalasnya tidak mudah.     

“Baru-baru ini, saya memeriksa tekanan darah, tidak pernah mencapai 170, selepas pulang ke rumah, kepala saya amat panas dan saya berasa amat letih,” katanya.

Bekas Datuk Bandar Kota Surabaya itu juga memberitahu, suaranya hampir hilang kerana menjerit dan sering marah ketika menjalankan tugas.     

“Setiap hari saya marah, itulah sebabnya suara saya hampir hilang bukan kerana apa-apa kerana sering menjerit.

“Apapun, saya harus tetap menjalankan tanggungjawab saya daripada dimarahi oleh mana-mana individu mahupun ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR),” katanya.  

Rismaharini diberi mandat sebagai Menteri Sosial menggantikan Juliari Batubara yang sedang menghadapi pertuduhan rasuah daripada Komisi Pencegahan Rasuah (KPK).

Dalam pada itu, Rismaharini mengakui wujudnya beberapa kekangan dalam penyaluran bantuan sosial yang dilihat tidak optimum.

Jelas beliau, salah satu puncanya adalah Data Kebajikan Sosial (DTKS) diperoleh tidak lengkap.

Malah, kata Rismaharini, DTKS juga didapati tidak selari dengan maklumat identiti kad pengenalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya