Ujian GCSE, A-level 2021 boleh bawa nota - Utusan Malaysia

Ujian GCSE, A-level 2021 boleh bawa nota

CALON GCSE dan A-level di England boleh membawa bahan bantuan pembelajaran seperti kertas rujukan ke dalam bilik peperiksaan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bermula tahun depan, peperiksaan Sijil Am Pelajaran Menengah (GCSE) dan A-level di England akan menjadi lebih mudah berikutan pandemik Covid-19.

Lapor Daily Mail, calon yang menduduki ujian itu akan dimaklumkan awal mengenai topik yang akan keluar dalam peperiksaan malah mereka dibenarkan membawa bahan bantuan pembelajaran seperti kertas rujukan ke dalam bilik peperiksaan.

Setiausaha Pendidikan negara itu, Gavin Williamson berkata, pihaknya tidak akan membatalkan peperiksaan tahun depan walaupun berdepan gangguan sesi pembelajaran akibat ancaman wabak Covid-19.

Peperiksaan di Wales sudah dibatalkan tahun depan sementara Kerajaan Scotland memutuskan untuk menggantikan penilaian GCSE dan peperiksaan National 5 dengan penilaian bersesuaian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya