fbpx

Tiga ditahan, langgar undang-undang keselamatan Hong Kong

HONG KONG: Polis Hong Kong menahan tiga orang kerana melaungkan slogan yang diharamkan, di sebuah kampus universiti pada bulan lalu.

Mereka dituduh melanggar undang-undang keselamatan baharu yang dilaksanakan oleh China.

Penahanan tersebut juga menggambarkan bagaimana undang-undang baharu itu mencetuskan jenayah berbentuk ucapan dalam usaha menghapuskan perbezaan pendapat di dalam hab kewangan antarabangsa susulan penganjuran protes pro-demokrasi selama berbulan-bulan tahun lalu.

Seorang pegawai kanan dari unit undang-undang keselamatan baharu Hong Kong, Li Kwai-wah berkata, tiga individu itu ditahan kerana berhimpun secara haram dan menghasut pemisahan.

“Mereka dikesan mengibarkan bendera dan melaungkan slogan mengenai kebebasan Hong Kong,” katanya.

Tambah beliau, lima orang lagi juga ditahan kerana berhimpun secara haram.

Beijing menguatkuasakan undang-undang keselamatan baharu Hong Kong pada Jun lalu.

Undang-undang baharu itu mensasarkan empat jenayah berkaitan pemisahan, subversif, keganasan dan tindakan bersekongkol dengan pihak asing.

Menurut Beijing, undang-undang keselamatan baharu itu amat perlu dalam memulihkan semula kestabilan negara. – AFP

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN